Thursday, 11 August 2011

Cara-Cara Membuat Tuntutan (claim) Insurans...


Berikut antara cara-cara membuat claim dan beberapa contoh claim untuk rujukan anda.

1- Claim Online (Bil dan Elaun)

Perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS) iaitu claim online terus dari hospital ke PruBSN Takaful Bhd, anda tidak perlu membayar bil terlebih dahulu, Ianya hanya berkuatkuasa pada bulan ke 4 bermula dari tarikh polisi (tarikh pada medical card). Ini bermakna, client perlu membayar dahulu bil dan caj perubatan sekiranya dimasukkan wad pada 3 bulan pertama daripada tarikh polisi, tidak kira sama ada masuk hospital panel atau tidak. Kemudian, semua laporan perubatan, bil dan resit asal pembayaran perlu diserahkan kepada PruBSN Takaful Bhd untuk bayaran semula (reimbursement).
Namun, sekiranya client dimasukkan ke hospital Panel PruBSN disebabkan kemalangan parah, HAS boleh digunakan terus tanpa menunggu 3 bulan. Diingatkan, hanya kemalangan sahaja.
Sekiranya claim menggunakan perkhidmatan online (HAS), anda hanya perlu membawa Medical Card PruBSN ke hospital panel, dan tunjukkan medical card anda kepada kakitangan hospital bahagian kemasukkan pesakit akan mereka menguruskan selanjutnya. Sekiranya terdapat sebarang masalah, anda perlu menelefon agent anda dengan segera. Sebagai langkah bijak, anda dinasihatkan untuk memaklumkan kepada agent yang anda dimasukkan ke hospital. Ini bagi membolehkan agent anda sentiasa dalam keadaan bersedia sekiranya berlaku sebarang masalah ketika masuk atau keluar hospital.
Untuk memudahkan anda memahami cara untuk masuk wad menggunakan Medical Card PruBSN Takaful…

2- Reimbursement Claim (Bayar dulu, Claim kemudian)


Sekiranya anda masuk ke hospital yang bukan Panel PruBSN, anda juga boleh menuntut bayaran bil hospital, akan tetapi, semua bil tersebut perlulah diselesaikan terlebih dahulu, dan barulah anda tuntut ke Prudential BSN Bhd.
Sila maklumkan kepada agent anda, bagi membolehkan agent anda menyediakan borang laporan perubatan untuk diisi oleh Doktor yang merawat bagi tujuan tuntutan bil perubatan.

3- Claim Elaun Hospital / Elaun ICU & Elaun Bedah tanpa claim bil (Bil claim dari syarikat majikan atau insurans lain)


Sekiranya majikan anda menyediakan perlindungan perubatan untuk anda, anda boleh menuntut semua elaun yang layak (Elaun Hospital, Elaun ICU, Elaun Bedah, Elaun MC disebabkan kemalangan) kecuali bil rawatan.
Caranya mudah sahaja, pihak Prudential BSN Takaful bhd hanya perlukan laporan perubatan daripada Doktor yang merawat anda dan salinan bil perubatan bagi tujuan pengesahan bilangan hari dan jam anda ditahan di wad. Salinan ini penting kerana sekiranya anda ditahan diwad selama 1 hari dan 6 jam atau lebih, anda layak untuk mendapat elaun hospital berdasarkan 2 hari.
Borang laporan perubatan boleh didapati daripada agent anda atau di mana-mana cawangan Prudential BSN Takaful seluruh negara.


4- Claim Accident (Medical/MC)


Sekiranya berlaku kemalangan kecil dan anda hanya mendapatkan rawatan diklinik, bil caj rawatan boleh dituntut daripada PruBSN Takaful. Dokumen yang diperlukan adalah bil dan resit asal serta sedikit laporan daripada Doktor yang merawat mengatakan bahawa caj perubatan tersebut adalah disebabkan kemalangan. PruBSN Takaful akan membayar semula tuntutan.


5- Claim Kematian Biasa (Natural Death)

Untuk tuntuan kematian, sekiranya bukan disebabkan oleh kemalangan, pemegang polisi yang meninggal dunia tidak semestinya memerlukan bedah siasat. Ini kerana, laporan Doktor yang lengkap boleh digunakan sebagai rujukan berkenaan sebab kematian dan perkara-perkara yang berkaitan.
Sekiranya kematian berlaku, waris hendaklah memaklumkan kepada agen atau PruBSN Takaful mengenai perkara yang berlaku. Seterusnya, agen akan menguruskan dari segi penyediaan dokumen dan sebagainya.
Oleh itu, adalah amat penting bagi setiap pemegang polisi, anda dinasihatkan memberitahu adik-beradik atau saudara-mara dan kawan-kawan bahawa anda mempunyai perlindungan takaful dari Prudential BSN Takaful, dan sekiranya berlaku kematian, mereka boleh memaklumkan sama ada kepada agen atau PruBSN Takaful.

6- Claim Kematian Kemalangan (Accidental Death)

Sama keadaannya seperti di atas. Namun, bagi kes kemalangan, biasanya pihak polis akan mengarahkan pihak hospital membuat bedah siasat bagi memastikan kemalangan yang berlaku bukan disebab pemegang polisi berada dalam pengaruh alkohol atau ada unsur-unsur jenayah dan sebagainya.

7- Tempoh Tuntutan

Tempoh tuntutan bergantung kepada jenis tuntutan dan dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan. Berdasarkan pengalaman saya, sekiranya semua dokumen tuntutan telah lengkap, biasanya dalam masa 3 atau 4 minggu akan dapat cek daripada syarikat. Namun begitu, ia bergantung kepada kes-kes tertentu. Sebagai contoh, tuntutan elaun hospital biasanya lebih cepat daripada tuntutan disebabkan kematian, atau pampasan sakit kritikal.
Anda boleh hubungi agen anda untuk mengetahui status tuntutan yang telah dihantar.

Untuk Keterangan Lanjut Mengenai PruBsn Takaful atau ingin ajukan sebarang persoalan  ..Sila hubungi saya di…
Hasbi : Hp 017-5322787, emel : hasbiprudential@yahoo.com, 
Facebook : http://facebook.com/HasbibinHarun

Wednesday, 29 June 2011




36 PENYAKIT KRITIKAL

1- SERANGAN PENYAKIT JANTUNG
2- PENYAKIT KORONARI ARTERI YANG MEMERLUKAN PEMBEDAHAN
3- STROK
4- KANSER
5- KEGAGALAN GINJAL (BUAH PINGGANG)
6- PENYAKIT LUMPUH/PARAPLEGIA
7- PEMINDAHAN ORGAN UTAMA
8- SKLEROSIS PELBAGAI / BERBILANG
9- HEPATITIS VIRUS FULMINAN
10- HIPERTENSI ARTERI PULMONARI UTAMA
11- KOMA
12- BUTA
13- PENGGANTIAN INJAP JANTUNG
14- PEMBEDAHAN AORTA
15- PENYAKIT ALZHEIMER
16- HILANG PENDENGARAN / PEKAK
17- HILANG KEBOLEHAN BERTUTUR (BISU)
18- KEBAKARAN PARAH
19- PENYAKIT MEMBAWA MAUT
20- AIDS AKIBAT TRANSFUSI DARAH
21- PENYAKIT MOTOR NEURON
22- PENYAKIT PARKINSON
23- PENYAKIT HATI YANG KRONIK
24- PENYAKIT PEPARU YANG KRONIK
25- ANEMIA APLASTIK
26- DISTROFI OTOT
27- POLIOMIELITIS
28- MENINGITIS BAKTERIA
29- TUMOR OTAK BENIGNA
30- ENSEFALITIS
31- FULL BLOWN AIDS
32- LAIN-LAIN PENYAKIT KORONARI ARTERI YANG SERIUS
33- PEMBEDAHAN OTAK
34- SINDROM APALIK
35- TRAUMA KEPALA UTAMA
36- KEHILANGAN TANGAN ATAU KAKI

KELEBIHAN KAD PERUBATAN PRUDENTIAL-BSN

1- Life time limit
2- Boleh remove annual limit. Contoh, kalau medical card TH 200, annual limit 75K, dan lifetime limit 750K sampai umur 80 tahun. So, boleh amik option utk removed 75K tu, Setahun kalau nak claim sampai beratus ribu…(lebih dari 75K)…contoh 200K, sekali claim pun boleh.
3- Medical card sekali dalam basic policy, so, kalau pencarum disahkan mengidap salah satu daripada penyakit kritikal, policy akan jadi PERCUMA dan client tak perlu bayar apa2 lagi, sebaliknya simpanan diteruskan.
4. Medical Card sekali dalam basic policy, so, kalau client termissed bayar sebulan atau 2 bulan, kalau cash value dah ada, policy tak lapsed, dan boleh cover kalau perlukan rawatan, sebab cash value akan cross subsidi medical card punya charges. Tak seperti medical card yang standalone (berasingan dengan main policy). Stand alone policy, 31 hari tak bayar, terus lapsed. Dan kalau masa tu memerlukan rawatan, mmg takkan boleh guna. Saya beritahu perkara ini bagi memudahkan pembaca blog saya memahami mengenai beza antara medical card yang sekali dalam basic policy dah berasingan daripada basic policy.
Ini adalah salah satu contoh syarat2 tamat sijil medical card stand alone yang saya buat research dan saya jumpa di internet. Ia hanya sebagai satu contoh umum untuk medical card stand alone
5. Kalau upgrade bilik, hanya bayar different harga bilik sahaja. tak perlu bayar additional ko-takaful, sebab ko-takaful fixed at min 300 dan maximum 1,000.
6. Ko-takaful…
Haaa, yang ni biasanya orang nampak kelemahan kat pruBSN punya medical card, sebab mmg dah kena terus ko-takaful 10% min 300 maximum 1,000. Tapi, kalau kita upgrade bilik, kita hanya bayar different bilik, dan ko-takaful fixed at min 300 and max 1,000. Sebab tu, kami biasanya tak jual medical card sahaja, kita jual as package..dengan elaun hospital dan elaun bedah.
Ada juga client tanya kepada saya, ada syarikat takaful lain boleh berikan coverage 100% dan tak de co-takaful…Jawapan saya mudah sahaja…pernah tak statement nie kat policy atau brochure mereka?…client jawap, tak perasan pulak…so, saya suruh mereka counter check*…kalau ada, maknanya, kalau masuk wad yang lebih dari entitlement kita, kita kena bayar 10% dari total bill dengan tiada maksimum ko-takaful…so, kalau bill 30K…kena 10% co-takaful 3,000…and PruBSN fixed at 1K + different harga bilik.
Anda tidak perlu percaya apa yang saya nyatakan, ini hasil kajian saya, dan saya sertakan dengan fakta, dan bukan taip kosong jee…:)
7. Medical card PruBSN, takde inner limit untuk rawatan cancer dan dialysis. Just follow annual limit, dan kalau annual limit takder (sebab amik Annual Limit Waiver), just follow lifetime limit
8. Medical Card PruBSN nie guaranteed renewal and non-cancellable…apa maksudnya tu, kalau client dah sign up and policy dah berjalan, kalau ditimpa sakit, sama ada minor or kritikal, syarikat tak boleh cancelkan policy medical card ni, walau pun client akan claim berulang kali. Selagi tak habih limit, selagi tu boleh claim.
Boleh baca details dan bukti keratan dalam policy kat sini..
Sebab ada medical card yang letakkan syarat ” Tertakluk kepada pembatalan portfolio”….kena faham term nie, biasanya tulisan ni kecik je dalam policy….and agent tersangat le jarang bagitau kat prospect atau client…tapi, kalau dah kena….haaa…masa tu medical card kena withdraw portfolio, lepas tu, dah sakit, nak claim pun dah tak boleh, nak amik policy lain pun tak boleh.
Ini contoh term and condition yang saya beritahu di atas.

9. Yang nie (experienced saya sendiri)…So far, Alhamdulillah, kalau masuk kat hospital panel, tunjuk je card, staff front desk kat admission counter tu dah tau nak buat apa…so, hassle free…tapi, apa2 pun, lebih bagus kalau inform agent before nak masuk wad atau mendapatkan sebarang rawatan…
Kalau nak tau lebih lanjut, and nak tengok bukti claim2 yang lain…boleh contact saya : 017-5322787 (Hasbi).
Harap tidak ada yang salah faham mengenai perkara ini. Saya hanya amik dari data/maklumat yang saya dapat dari internet.